Khamis, 22 Mac 2012

AL-QURAN CAHAYA DUNIA AKHIRAT


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MENJAUHKAN DIRI DARI AL-QURAN AKAN MENYEBABKAN MANUSIA HILANG CAHAYA, cahaya di dunia dan akhirat. Bilamana cahaya petunjukAl-Quran tidak lagi menyinari hidup mereka, mereka berjalan di dunia dalam kegelapan, kesesatan dan kepalsuan.

FIRMAN ALLAH SWT:_ "Wahai sekelian umat manusia ! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti daripada Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu [Al-Quran sebagai Nur [cahaya] yang menerangi [segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak]." _ [QS An-Nisa: 174]

"Sesungguhnya Kami masukkan ke neraka kebanyakkan daripada jin dan manusia yang mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya dan mereka mempunyai mata tapi tidak melihat dan mereka mempunyai telinga tapi tidak mahu mendengar.Mereka itu umpama binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi." _ [Al-A'raf: 179]

Bagi orang yang mencintai Kitabullah ini tidak ada sesuatu yang paling indah selain ucapan yang dicintainya. Ibnu Mas'ud berkata:-
"SESIAPA YANG MENCINTAI AL-QURAN MAKA IA MENCINTAI ALLAH DAN RASULNYA."

DI ANTARA KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1] _ Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
2] _ Pahala membaca satu huruf dari Al-Quran: Beliau memetik hadis
_ Nabi SAW: "Ibnu Mas'ud telah berkata bahawa Rasulullah SAW
_ bersabda: "Sesiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka
_ baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali ganda-
_ nya. Aku tidak mengatakan Alif,Lam,Mim, itu satu huruf tetapi Alif
_ satu huruf,Lam satu huruf,Mim satu huruf." _ [HR At-Tirmizi].

3] _ Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga di-
_ katakan balasan sebatang pokok di syurga.
4] _ Mengikut Ibnu Abas r.a. Pembaca Al-Quran adalah hartawan dan
_ pahala membaca tidak akan putus.
5] _ Selamat drp api neraka,mendapat kedudukan yg tinggi dan mulia
_ bersama Malaikat.
6] _ Di hari Kiamat Al-Quran menjadi pembela [syafaat].
7] _ Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan
_ di Syurga.
8] _ Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.
9] _ Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin,Syuhada
_ dan solihin.
10] _ Membaca Al-Quran secara kumpulan akan di ampun dosa mereka.
11] _ Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh Malaikat
_ di langit.
12] _ Jika dibaca didalam rumah akan memberi cahaya kpd rumah itu.
13] _ Membaca secara Tadarus [bergilir-gilir] mendapat ketenangan,
_ rahmat dan di kelilingi Malaikat.
14] _ Pembaca yg mahir dan baik diutamakan menjadi Imam solat.
15] _ Seutama-utama manusia yg mempelajari, mengajar dan menghayati
_ ajaran Al-Quran.
16] _ Mempelajari satu ayat Al-Quran lebih baik daripada sembahyang
_ sunat 1000 rakaat.
17] _ Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian
_ hidup.
18] _ Meendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.
19] _ Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.


Tingkatan Pembacaan Al-Quran

1] _ Jutawan _ membaca 300 higga 1000 ayat setiap malam

2] _ Jayawan _ membaca 200 hingga 299 ayat

3] _ Setiawan _ membaca 100 hingga 199 ayat

4] _ Pemelihara _ membaca 50 hingga 99 ayat

5] _ Yang Ingat _ membaca 10 hingga 49 ayat

6] _ Yang lalai _ membaca 0 hingga 9 ayat.


Hidupkanlah 'suasana' Al-Quran di dalam rumah kita, insyaAllah akan bertandanglah kemuliaan. Rumah tangga yang dimuliakan Allah akan menjadi syurga yang disegerakan. Penuh kasih sayang dan ketenangan.
Hebatnya Al-Quran, ia bukan sekadar memberi petunjuk malah memberi

kesan terapi dan memberi syafaat yang luar biasa kpd pendampingnya.
Apatah lagi Al-Quran dijadikan Panduan Dalam Seluruh Kehidupan.
Mudah-mudahan kita akan mendapat petunjuk dan taufiq drp Allah SWT.
ALLAHUMARHAMNA BIL QURAN !

INSYA-ALLAH WA BI IDZNILLAH, AAMIIN

solusi malam ni ^_^


اَلله أَكََْبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً . إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن.

“Allah maha beasr lagi sempurna kebesaranya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

j0m jadi kaya demi dakwah untuk Allah!! ^_^
salam jihad shbt2 Q :)

makhluk atau DIA?!

dan bila kita menyayangi seseorang,
apa pun yang dia lakukan,
terkadang tak akan mengubah rasa sayang kita.

dan bila kita menyayangi seseorang,
apa pun perlakuannya yang melukakan,
masih tak mengurangkan rasa sayang kita.

kita pujuk hati,
“mungkin dia ada sebabnya sendiri, melakukan ini padaku”.

itu lah kita,
bila menyayangi seorang manusia.
kita akan sentiasa berbaik sangka padanya.

namun,
muhasabahlah kembali,
bila yang ‘menyakiti’ itu adalah takdir dari Ilahi,
mengapa mudahnya kita berprasangka?
bila yang menguji itu adalah Rabbi,
mengapa mudahnya kita berpaling dan berburuk sangka?


adakah kita lupa.
siapa yang lebih besar kasih sayangnya pada kita?
manusia atau DIA?

adakah kita lupa,
siapa yang lebih patut kita percaya?
manusia atau DIA?


realiti disebalik tirai attitude~~

Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.

jaga2 dlm meluah perasaan ye,muslimin n muslimat..


ter0r!

Allah dah bagi b0nus Jamak taqdim dan jamak ta'khir..
tapi orang sekarang lagi ter0r..,JAMAK TAKYAH n JAMAK TAKDAN..haha..

kite same2 d0akan sahabat2 kite yang terlibat ea..
kesian depa..,wanted by neraka!
Allah..,nauzubillah~_~'
nak sama2 masuk syurga kan?^_^
j0m bantu mereka...j0m3!!

masa ni ana tengah dengar ikim.fm segmen ape ntah..,lupe plak..xsilap  Nasyid On Stage k0t..tetamu undangan s0rang penyannyi r0ck..yang telah berhijrah kepada Agama fitrah..alahai..spe ye namenya..lupe la plak!

blkg tabir lagu

Ternyata langit masih biru by Lusy Rahmawati

tak ragu lagi jalani hidup ini
jalani hidup sendiri
mengapa harus terjadi
kau pergi tinggalkan diri ini
saat ’ku masih cinta
saat terucap janji setia
gelap hatiku
bagai mentari takkan bersinar lagi

ternyata tanpamu langit masih biru
ternyata tanpamu bunga pun tak layu
ternyata dunia tak berhenti berputar
walau kau bukan milikku

tak ragu lagi jalani hidup ini
kan kuhadapi apapun yg terjadi
sementara ini kucoba
nikmati sendiri saja
percuma kuberi tulus cinta
bila nanti segalanya
‘kan berakhir jadi sia-sia
kini kusadari
masih banyak lagi yg ingin kuraih

saatnya kini kumenyadari
tanpamu diriku tak akan sendiri
tak mau cintamu lagi


♥ haha..,jejalan kat blog s0rang muslimah,terjumpa pla lagu nih..,first time menceburkan diri dlm bidang lagu2 ind0nesia ni..hehee..

♥ yang negatif itu bila dijernihkan,pasti akan ada positif dan manfaatnya^_^

♥ tanpa kau aku masih hidup,tapi...
tanpa Allah,MUSTAHIL aku hidup..

debaran SPM

Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat semua...senyumlah walau apepun yang akan kita lalui esok..cubalah untuk sentiasa tenang...REDHA tanda seorang hamba yang sentiasa berserah diri pada ALLAH s.w.t.... selawat banyak-banyak eh..ingat ALLAH dalam zikir...insyaALLAH hati tenang.. Aq Cucu Sidek Mfk Fitri Mencari Sinar ZahratulJannah Muhammad Na'im Muhammad Tajul Ariffin — with Nadia Nordin and 6 others.

Selasa, 20 Mac 2012

Manisnya Bergelar Wanita

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita Muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya tumbuhan yang kecil.

Tidakkah anda melihat betapa Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya? Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu.

Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang dilakukannya bertentangan dengan kejadiannya yang asal. Seorang wanita menjadi kupu-kupu. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya bersidai di tempat yang tidak senonoh hingga larut malam. Apakah itu manis? Sudah tentu tidak, sebab tempat seorang wanita ialah di rumah tatkala malam telah melabuhkan tirainya. Sekiranya dia perlu berada di luar, dia berada di tempat yang selamat lagi munasabah. Misalnya berada di majlis ilmu, berada di tempat kerja dalam sif-sif tertentu, berada di tempat himpunan keluarga. Tetapi seandainya dia berada di tempat selain itu dia sudah tidak tergolong sebagai wanita manis.

Hati orang normal akan mengatakan hal ini benar, tetapi hati orang yang ‘sakit’ akan mengatakan ini salah.



Kehidupan rama-rama. Rama-rama selalu menyangka kehidupannya payah. Dia dilahirkan dalam bentuk pulpa. Terpaksa tinggal lama dalam kepompong. Kemudian apabila keluar dari kepompong dia terpaksa menjalani hidup sebagai ulat. Tatkala begini dia terdedah pada bahaya disambar burung. Manusia pun geli melihat ulat. Tetapi tatkala dia sudah menjadi rama-rama dia akan menghiurkan penglihatan sesiapa saja. Tatkala dia mengembangkan sayapnya semua akan terpukau kagum.

Alangkah manisnya kitaran hidup rama-rama sebab dia dilahirkan untuk mewarnai alam. Alam menjadi ceria dengan kehadiran rama-rama. Hampir semua orang akan terpukau melihat rama-rama. Manusia seganas mana pun akan berasa lunak melihat rama-rama.

Demikianlah wanita, dia warna alam yang cukup berharga dan dihargai. Tanpanya, dunia tidak akan semeriah ini. Setiap insan lahir dari manusia bernama wanita. Alangkah manisnya menjadi wanita sebab dia unsur terpenting dalam kewujudan alam ini sedemikian rupa.

JaLinan Al-Quran DaLam Jiwa Anak

✿ܓ♥ Bayi-bayi dilahirkan dengan fitrah, hatinya bersih bergema kesucian, jiwanya putih tak tercelup najis dosa tapi kebanyakan ibu bapa menyajikan mereka dengan hidangan dunia yang merosakkan. Saban hari, begitu ramai yang mengeluh atas masalah hati. Membesar menagih kasih seorang ajnabi. Diperalatkan oleh riak dan hasad dengki. Terperangkap dalam permainan duniawi. Di mana salahnya pendidikan anak-anak Islam kini?

Imam Suyuthi berkata bahawa mengajarkan al-Quran kepada anak-anak merupakan salah satu di antara asas-asas Islam, sehingga mereka tumbuh di atas fitrah. Begitu juga cahaya hikmah akan terlebih dahulu masuk ke dalam hati mereka sebelum dikuasai oleh hawa nafsu dan dinodai oleh kemaksiatan dan kesesatan.

Ibnu Khaldun mencoretkan dalam Muqaddimahnya, apabila Harun Ar-Rasyid memberikan anaknya Al-Amin kepada pendidiknya, dia berkata: “Wahai Ahmar (kemerah-merahan), sesungguhnya Amir Al-Mukminin telah memberikan kamu buah hatinya dan kegembiraan jiwanya. Jadikanlah diri kamu bermurah terhadapnya, wajiblah ke atasmu mentaatinya, sesuaikanlah diri kamu dengan taraf kedudukannya yang telah diberikan oleh Amir Al-Mukminin. Ajarilah dia Al-Quran. Berikanlah dia pengetahuan sejarah. Perdengarkanlah dia syair-syair, ajarkanlah dia ilmu sunnah. Perjelaskanlah untuknya tempat kata-kata dan permulaan-permulaanya. Laranglah dia daripada ketawa melainkan pada masanya. Janganlah membiarkan masa berlalu tanpa mengambil kesempatan bagi memberikan dia faedah. Janganlah dia selalu bersedih menyebabkan fikirannya mati, dan janganlah selalu memaafkan dia menyebabkan dia selesa dengan masa lapang dan menjadi biasa dengannya. Betulkan dia dengan cara mesra, baik dan lembut sedaya upayamu. Jika tidak berkesan juga, gunakanlah cara tegas dan kasar.”

Hisyam Ibn Abdul Malik berpesan kepada pendidik anaknya, Sulaiman Al-Kalbi, “Sesungguhnya inilah anak saya, dan dia merupakan kulit di antara kedua-dua mata saya. Saya telah menjadikanmu guru bagi mendidiknya; berpegang teguhlah dengan taqwa kepada ALLAH, laksanakanlah amanah. Pertama sekali saya berpesan kepadamu, berpeganglah dengan kitab ALLAH. Perdengarkanlah kepadanya syair-syair yang paling elok. Bawalah dia berjalan-jalan di pelusuk desa Arab. Ambillah syair-syair mereka yang baik. Tunjukkanlah dia sebahagian perkara yang halal dan sebahagian perkara yang haram serta khutbah dan kisah peperangan.”

Bayi diibaratkan seperti kain yang putih bersih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anaknya itu menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Maka corakkanlah mereka dengan sebaik-baiknya. ✿ܓ♥
 

sayang umi ^_6

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)

:'( umi . . . . . ............
 

hari ini dan es0k

~ hari ini kita masih bersama..esok kita mungkin akan terpisah..
~ hari ini kita sehat..esok mungkin kita tiada lagi di dunia..
~ hari ini kita kaya..esok mungkin kita akan miskin..
~ hari ini kita mencintai..esok mungkin kita membenci..
~ hari ini dia datang..esok mungkin dia pergi..

---Sekiranya esok yang kita harapkan TIDAK ADA..sekurang-kurangnya kita tidak akan MENYESAL jika kita melakukan apa yang kita inginkan hari ini dalam kebaikan..karena esok PASTI ADA tetapi esok itu BELUM TENTU untuk kita---

..Ya Allah, hidupkanlah kami dalam KEBAIKAN dan matikanlah kami dalam kebaikan juga.. Aamiin

Isnin, 19 Mac 2012

~Nota Cinta~

:-*:-*~Allah

ingin sekali aku menulis Nota Cinta untukmu

Nota Cinta yang sudah lama tak ku tuliskan untukmu,

bersama Embun titisan Air Mata Cinta Padamu

:-*:-*~Allah

ingin sekali aku mengarang Nota Cinta buatmu,

Nota Cinta yang sudah lama tidak ku karang buatmu,

bersama bunga perasaan Rindu yang menggebu-gebu

:-*:-*~Allah

jika ku tulis,ku karang lalu ku kirim kepadamu

masihkah kau sudi membacanya seperti Dulu?

suatu Nota dari seorang aku yang hina lagi jahil malah kaku dalam menanggapi arti Cinta sejati darimu

:-*:-*~Allah

jika ku tulis,ku karang lalu ku kirim padamu

sudikah kau membalasnya buat diriku?

sebuah Nota pada seorang aku yang curang tak berarti lagi Buntu dalam menanggapi arti kehambaan padamu

:-*:-*~Allah

ingin sekali aku memberikan Nota Cinta untukmu

tapi aku malah jadi tidak tahu,

mahu bermula dari mana
mahu mengakhirkan dari mana

:-*:-*~Allah

apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini

menyebut namamu, yang Agung itu

Petua Untuk Melicinkan Kulit Muka

Pilihan 1: Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.

Pilihan 2: Campurkan 1 sudu besar madu lebah dengan 1 sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkannya 2 kali seminggu.

Pilihan 3: Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkannya setiap hari.

Pilihan 4: Giling 3 sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Cuci dengan bersih.

Pilihan 5: Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka anda. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Pilihan 6: Kisar 2 biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Amalkannya selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.

Pilihan 7: Setiap kali anda mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.

Pilihan 8: Ambil 1 biji buah tomato masak. Lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkannya 2 atau 3 kali seminggu.

I ♥ U !


Husband - I feel happy.
Wife - why?
Husband - Because I’m lucky
Wife - why do you say so?
Husband - Because Allah loves me.
Wife - is it?
Husband - Yes that is why Allah has given me a priceless gift
Wife - Masha Allah! what is it?
Husband - That is you my wife !! that is you!! A righteous wife is the best gift that a man could have..

In Shaa Allah everyone's wish :)


10 Tanda Si Dia JODOH Anda


1. Gunakan Seluruh Pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa.

Tetapi bagaimana kita hendak mengetahu Si Dia memang ditakdirkan untuk kita?

Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir.

Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.

Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum.

Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.

Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon.

Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai.

Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita.

Semakin hari semakin sayang kepadanya.

Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya.

Rasa senang sekali apabila bersama.

Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.

Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.

Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.

Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung.

Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya.

Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama.

Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita.

Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan.

Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita.

Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita.

Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.

Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri.

Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat.

Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.

Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini.

Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing.

Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya.

Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus.

Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya.

Semasa kita sakit dia bawa ke klinik.

Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.

Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu.

Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan.

Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu.

Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya.

Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi.

Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.

Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan.

Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh Yang Maha Esa.

Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk.

Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik.

Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.

Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah..

Adakah dia jodoh kita?

“Manusia hanya mampu merancang, Allah menentukan. Itu pasti!”

Sabtu, 10 Mac 2012

"SAYA SANGGUP TUNGGU AWAK"

 "Awak, awak sanggup tunggu saya tak?" Mukanya kelihatan merah menahan perasaan.


"Mestilah saya sanggup. Kenapa awak?" Balasku sambil menatap wajahnya dengan penuh berminat.

"Awak janji dengan saya ye? Boleh?"

"Saya berjanji insyaAllah....Saya sanggup tunggu awak walaupun bertahun lamanya"

"Sebenarnyakan, awak sudah lama bertakhta di dalam hati saya. Awak telah sentuh hati saya meskipun saya tidak sedar. Meskipun saya tidak inginkannya hadir. Tapi saya amat sayangkan awak" Luah hatinya dengan penuh perasaan. Pilu aku dibuatnya.

"........dan saya tak sanggup kehilangan awak. Awak hadir dalam hidup saya memberikan saya sinar baru. Awak buat hari-hari yang saya lalui begitu indah dan bertenaga."

"Bagaimana mahu saya dustakan perasaan ini? Awak tahu...betapa sakitnya hati ini. Allah telah campakkan rasa sayang, rasa rindu saya kepada awak. Saya tidak boleh tipu perasaan saya lagi. Hipokrit namanya."

Suasana menjadi mendung. Memandang sungai yang mengalir tenang bertambah memendungkan hati yang diremuk pilu.

"Awak......" Aku berkata perlahan.

"Bukankah saya sudah beritahu awal-awal lagi? Jangan usik hati seseorang jika belum berani untuk bertanggungjawab. Dan terbukti awak masih belum bersedia."

"Saya juga begitu. Saya masih belum bersedia. Dan saya tidak berani untuk terima awak. Hati saya masih tertutup kemas." Aku mula berterus terang dengannya sambil mencari-cari anak matanya. Takut takut setiap bait kata yang dilafazkan mengguris hatinya.

"Awak, terimalah hakikat. Yang ada pada saya cuma perasaan meraikan kehadiran awak. Awak memang penting dalam hidup saya. Awak melengkapkan kehidupan saya. Tanpa awak, saya seperti robot manusia yang tiada perasaan."

"Saya hanya sukakan awak. Sayangkan awak. Tapi saya belum boleh cintakan awak. Awak seperti bayang-bayang saya yang hanya wujud ketika waktu malam. Saya tahu, awak sentiasa mengekori ke mana saya pergi. Seolah-olah mengintai sampai bila bayang-bayang harus menjadi bayang-bayang."

"Ya, saya sanggup tunggu awak. Kerana masihnya belum tiba. Saya boleh bersabar dan akan terus begini. Bersabar dan bersabar. Itu sahaja yang boleh saya buat. Rasulullah SAW pun ada bersabda “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud). Awak tidak perlu risau dengan saya. Kita hanya perlu jelas yang mana terpenting di antara penting untuk dipentingkan."

"Maaflah awak. Kadang-kadang saya yang tidak sabar. Tergopoh-gapah tanpa memahami perasaan awak. Saya tahu awak belum boleh terima saya. Hati awak seperti batu, keras sekali untuk dilunturkan. Itu tidak mengapa kerana saya pasti awak akan terima juga saya satu hari nanti."

"Saya tahu saya tak boleh paksa awak bila hati awak tertutup untuk saya. Ingatlah, saya amat hormati perasaan awak dan saya akan sentiasa berlaku jujur dengan awak. Cuma jangan terus buang saya dan sisihkan saya sampai bila-bila. Saya amat perlukan awak"

"InsyaAllah...untuk sekian kalinya terima kasih awak. Saya pun sanggup tunggu awak"

****************

Begitulah perbualan antara CINTA dan CITA-CITA.

Aku : cita-cita
Dia : cinta

Cinta adalah satu kemestian dalam kehidupan tetapi hadirnya perlu dikawal dan dirancang supaya cita-cita tidak rasa dirinya terbuang dan terabai. Jika boleh diseiringkan tahniah dan hargailah keduanya dengan cara yang halal. Jika belum waktunya, bermujahadahlah dan fokus.Hanya pilih antara dua sudah menentukan jalan mana yang diambil.Moga atas jambatan Cinta Allah, bertautlah keimanan tulus dalam naluri kita yang kudus, dan moga atas rahmat Allah jugalah, cita-cita yang digarap atas nama Cinta-Nya mampu digapai dalam inayahnya insyallah..

:::***:::iNi ImPiAn Q :::***:::