skip to main |
skip to sidebar
JaLinan Al-Quran DaLam Jiwa Anak
✿ܓ♥
Bayi-bayi dilahirkan dengan fitrah, hatinya bersih bergema kesucian,
jiwanya putih tak tercelup najis dosa tapi kebanyakan ibu bapa
menyajikan mereka dengan hidangan dunia yang merosakkan. Saban hari,
begitu ramai yang mengeluh atas masalah hati. Membesar menagih kasih
seorang ajnabi. Diperalatkan oleh riak dan hasad dengki. Terperangkap
dalam permainan duniawi. Di mana salahnya pendidikan anak-anak Islam kini?
Imam Suyuthi berkata bahawa mengajarkan al-Quran kepada anak-anak
merupakan salah satu di antara asas-asas Islam, sehingga mereka tumbuh
di atas fitrah. Begitu juga cahaya hikmah akan terlebih dahulu masuk ke
dalam hati mereka sebelum dikuasai oleh hawa nafsu dan dinodai oleh
kemaksiatan dan kesesatan.
Ibnu Khaldun mencoretkan dalam
Muqaddimahnya, apabila Harun Ar-Rasyid memberikan anaknya Al-Amin kepada
pendidiknya, dia berkata: “Wahai Ahmar (kemerah-merahan), sesungguhnya
Amir Al-Mukminin telah memberikan kamu buah hatinya dan kegembiraan
jiwanya. Jadikanlah diri kamu bermurah terhadapnya, wajiblah ke atasmu
mentaatinya, sesuaikanlah diri kamu dengan taraf kedudukannya yang telah
diberikan oleh Amir Al-Mukminin. Ajarilah dia Al-Quran. Berikanlah dia
pengetahuan sejarah. Perdengarkanlah dia syair-syair, ajarkanlah dia
ilmu sunnah. Perjelaskanlah untuknya tempat kata-kata dan
permulaan-permulaanya. Laranglah dia daripada ketawa melainkan pada
masanya. Janganlah membiarkan masa berlalu tanpa mengambil kesempatan
bagi memberikan dia faedah. Janganlah dia selalu bersedih menyebabkan
fikirannya mati, dan janganlah selalu memaafkan dia menyebabkan dia
selesa dengan masa lapang dan menjadi biasa dengannya. Betulkan dia
dengan cara mesra, baik dan lembut sedaya upayamu. Jika tidak berkesan
juga, gunakanlah cara tegas dan kasar.”
Hisyam Ibn Abdul Malik
berpesan kepada pendidik anaknya, Sulaiman Al-Kalbi, “Sesungguhnya
inilah anak saya, dan dia merupakan kulit di antara kedua-dua mata saya.
Saya telah menjadikanmu guru bagi mendidiknya; berpegang teguhlah
dengan taqwa kepada ALLAH, laksanakanlah amanah. Pertama sekali saya
berpesan kepadamu, berpeganglah dengan kitab ALLAH. Perdengarkanlah
kepadanya syair-syair yang paling elok. Bawalah dia berjalan-jalan di
pelusuk desa Arab. Ambillah syair-syair mereka yang baik. Tunjukkanlah
dia sebahagian perkara yang halal dan sebahagian perkara yang haram
serta khutbah dan kisah peperangan.”
Bayi diibaratkan seperti
kain yang putih bersih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan
anaknya itu menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Maka corakkanlah mereka
dengan sebaik-baiknya. ✿ܓ♥

Tiada ulasan:
Catat Ulasan