Khamis, 22 Mac 2012

AL-QURAN CAHAYA DUNIA AKHIRAT


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MENJAUHKAN DIRI DARI AL-QURAN AKAN MENYEBABKAN MANUSIA HILANG CAHAYA, cahaya di dunia dan akhirat. Bilamana cahaya petunjukAl-Quran tidak lagi menyinari hidup mereka, mereka berjalan di dunia dalam kegelapan, kesesatan dan kepalsuan.

FIRMAN ALLAH SWT:_ "Wahai sekelian umat manusia ! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti daripada Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu [Al-Quran sebagai Nur [cahaya] yang menerangi [segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak]." _ [QS An-Nisa: 174]

"Sesungguhnya Kami masukkan ke neraka kebanyakkan daripada jin dan manusia yang mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya dan mereka mempunyai mata tapi tidak melihat dan mereka mempunyai telinga tapi tidak mahu mendengar.Mereka itu umpama binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi." _ [Al-A'raf: 179]

Bagi orang yang mencintai Kitabullah ini tidak ada sesuatu yang paling indah selain ucapan yang dicintainya. Ibnu Mas'ud berkata:-
"SESIAPA YANG MENCINTAI AL-QURAN MAKA IA MENCINTAI ALLAH DAN RASULNYA."

DI ANTARA KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1] _ Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
2] _ Pahala membaca satu huruf dari Al-Quran: Beliau memetik hadis
_ Nabi SAW: "Ibnu Mas'ud telah berkata bahawa Rasulullah SAW
_ bersabda: "Sesiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka
_ baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali ganda-
_ nya. Aku tidak mengatakan Alif,Lam,Mim, itu satu huruf tetapi Alif
_ satu huruf,Lam satu huruf,Mim satu huruf." _ [HR At-Tirmizi].

3] _ Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga di-
_ katakan balasan sebatang pokok di syurga.
4] _ Mengikut Ibnu Abas r.a. Pembaca Al-Quran adalah hartawan dan
_ pahala membaca tidak akan putus.
5] _ Selamat drp api neraka,mendapat kedudukan yg tinggi dan mulia
_ bersama Malaikat.
6] _ Di hari Kiamat Al-Quran menjadi pembela [syafaat].
7] _ Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan
_ di Syurga.
8] _ Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.
9] _ Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin,Syuhada
_ dan solihin.
10] _ Membaca Al-Quran secara kumpulan akan di ampun dosa mereka.
11] _ Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh Malaikat
_ di langit.
12] _ Jika dibaca didalam rumah akan memberi cahaya kpd rumah itu.
13] _ Membaca secara Tadarus [bergilir-gilir] mendapat ketenangan,
_ rahmat dan di kelilingi Malaikat.
14] _ Pembaca yg mahir dan baik diutamakan menjadi Imam solat.
15] _ Seutama-utama manusia yg mempelajari, mengajar dan menghayati
_ ajaran Al-Quran.
16] _ Mempelajari satu ayat Al-Quran lebih baik daripada sembahyang
_ sunat 1000 rakaat.
17] _ Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian
_ hidup.
18] _ Meendapat perlindungan di padang Mahsyar nanti.
19] _ Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.


Tingkatan Pembacaan Al-Quran

1] _ Jutawan _ membaca 300 higga 1000 ayat setiap malam

2] _ Jayawan _ membaca 200 hingga 299 ayat

3] _ Setiawan _ membaca 100 hingga 199 ayat

4] _ Pemelihara _ membaca 50 hingga 99 ayat

5] _ Yang Ingat _ membaca 10 hingga 49 ayat

6] _ Yang lalai _ membaca 0 hingga 9 ayat.


Hidupkanlah 'suasana' Al-Quran di dalam rumah kita, insyaAllah akan bertandanglah kemuliaan. Rumah tangga yang dimuliakan Allah akan menjadi syurga yang disegerakan. Penuh kasih sayang dan ketenangan.
Hebatnya Al-Quran, ia bukan sekadar memberi petunjuk malah memberi

kesan terapi dan memberi syafaat yang luar biasa kpd pendampingnya.
Apatah lagi Al-Quran dijadikan Panduan Dalam Seluruh Kehidupan.
Mudah-mudahan kita akan mendapat petunjuk dan taufiq drp Allah SWT.
ALLAHUMARHAMNA BIL QURAN !

INSYA-ALLAH WA BI IDZNILLAH, AAMIIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:::***:::iNi ImPiAn Q :::***:::