Isnin, 9 April 2012

- Peringatan Perjuangan kepada wanita bakal mujahidah! -

 


Jika kau wanita yang masih takut untuk berbicara tentang tanggungjawab, malulah kau pada Aisyah yang telah belajar mengenainya seawal usia kanak2.
Jika kau wanita yang masih lemah dan takut menegakkan Islam, malulah kau pada Nursaibah yang gagah menghunuskan pedang melawan musuh.
Jika kau wanita yang masih menangis dan bersedih lantaran cinta dan pengkhianatan, malulah kau pada Khansa yang sangg......up kehilangan keempat2 puteranya demi Islam.
Jika kau wanita yang takut berkorban, malulah kau pada Khadijah yang sanggup menawarkan hatta tulang temulangnya atas nama perjuangan
Jika kau masih wanita yang menganggap umur kau ini masih muda, layak berfoya2 hingga jauh landasannya dari Islam, malulah kau pada Fatimah yang usianya dihabiskan untuk membantu Islam
Malulah kau pada jiwa kanak2 perempuan yang ditanam hidup2 kerana kau mampu hidup...tapi hidup kau tak bererti, ibarat buih2 di lautan
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:::***:::iNi ImPiAn Q :::***:::