Isnin, 16 Januari 2012

Menjauhi Maksiat Dan Kerja-kerja Dosa.

Menurut Ibn Al-Qayyim, maksiat mempunyai kesan yang buruk dan memudaratkn ke atas hati dan badan di dunia dan di akhirat, yang tidak diketahui hakikat yang sebenar kemudaratan itu kecuali Allah Ta'ala sahaja. Antaranya pelakunya diharamkan dari memperolehi ilmu. Ilmu adalah cahaya ang dicampakkan Allah ke dalam hati para hamba-Nya yang dikehendaki. Maksiat yang dilakukan oleh seseorang, boleh memadamkan cahaya ini.

Ketika Al-Imam Syafie duduk dihadapan Al-Imam Malik dan berguru dengannya, Ai-Imam Malik begitu ta'ajub dengan kecepatan Asy- Syafie menguasai apa yang diajarkan oleh beliau. Seterusnya Al-Imam Malik menegaskan:
"Sesungguhnya aku melihat Allah S.W.T. telah mencurahkan cahaya dalam hati anda Jangan sekali-kali anda padkan dengan kegelapan"
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:::***:::iNi ImPiAn Q :::***:::