skip to main |
skip to sidebar
nak s0leh/ah,kena jadi s0leh/ah dulu
Bicara cinta malam.....
Sahabat-sahabat sekalian,
Letaklah Allah dalam hati kita di tempat yang paling atas, kerana
mereka yang bersama Allah tidak akan pernah berasa kesepian dan
keseorangan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Jika Allah
mencintai seorang hamba, maka Allah memasukkan kecintaan ke dalam hati
para malaikat. Jika Allah membenci terhadap seorang hamba, maka Allah
memasukkan kebencian ini ke dalam hati para malaikat, kemudian memasukkan pula ke dalam hati manusia”
-Riwayat Anas-
Sabarlah wahai sahabat-sahabat sekalian, jagalah hati kita. Sematkan di
hati bahawa cinta kita hanya untuk insan yang halal buat kita, selepas
cinta Allah dan Rasul. Peganglah kepada hadis junjungan yang kita
kasihi,
“Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya
hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang
syahid.”
-Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain-
Teguhkanlah cinta kita pada Ilahi, nescaya cinta si dia yang soleh turut kau miliki…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan