Isnin, 25 Jun 2012

ada lagi!


Bismillahir-Rahmaanir-Rahimm.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

KALAU kita kaji di dalam Al-Qur'an, kita akan dapati larangan mengucapkan perkataan "Uf" kepada kedua ibu bapa dan juga larangan menengking mereka.
Kerana sikap demikian adalah bukti penderhakaan seorang anak terhadap orang tuanya, disamping ia sendiri menunjukkan sikap tidak menghormati ibubapa yang bertanggungjawab membesarkan anak terlibat semenjak kecil lagi. Jasa ibu bapa perlu dihormati walaupun mereka tidaklah menuntut anak-anak mereka berbuat demikian sebagai membalas jasanya. Anak-anak perlu memahami sendiri tanggungjawab menghormati ibubapa mereka.

Al-Qur'an menjelaskan batas minima yang melayakkan seseorang anak itu boleh dibataskan sebagai menderhaka kepada kedua orang tua mereka iaitu ucapan "Uf".
Firman Allah SWT. bermaksud: "Maka janganlah kamu mengatakan kepada keduanya dengan perkataan "Uf" dan janganlah kamu menenking keduanya, sebaliknya berkatalah kepada keduanya dengan perkataan yang baik."
(Al: Israk: 23).

Sekarang penderhakaan bentuk baru dikalangan anak-anak begitu jelas kelihatan dan lebih dasyat lagi ucapan dari "Uf". Antaranya ialah anak-anak yang di hantar menuntut ke institusi pengajian tinggi, kolej, maktab, dan lain-lain sanggup menghampakan harapan ibubapa mereka dengan tidak belajar dengan bersungguh-sungguh, walaupun mereka mendapat dorongan dan bantuan yang cukup daripada kedua-dua ibubapa mereka.

Semua orang tahu mengucapkan perkataan "Uf" adalah satu bentuk penderhakaan kepada kedua ibu bapa, tetapi tidak semua orang tahu yang menuntut sambil lewa, sekaligus mengecewakan harapan orang tua itu juga dikira sejenis penderhakaan.

Ada di antara mereka menggunakan wang yang diperolehi untuk menghisap dadah, membelanja girl friend, membeli motor besar untuk berlumba di waktu malam, membeli pakaian yang mahal-mahal dan lain-lain tanpa menyedari yang wang itu sepatutnya digunakan untuk memenuhi keperluan pembelajaran,

Akhirnya sesetengahnya gagal dalam pelajaran dan sekaligus mengecewakan harapan orang tua. Ini sebenarnya adalah sejenis penderhakaan namanya.

Lainlah kalau seseorang itu sudahpun berusaha bersunguh-sungguh dalam pelajarannya, tetapi masih gagal juga dalam pelajaran. Orang ini tidak dikatakan sebagai anak derhaka.

Perbuatan menderhaka kepada kedua ibu bapa dalam bentuk baru ini banyak menghilangkan keberkatan ilmu yang dipelajari. Kerana ilmu yang dituntut itu dilihat tidak memberi apa-apa kepentingan kepadanya. Ini sebenarnya telah menghancurkan salah satu adab ilmu, di mana menuntut ilmu itu perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh bukan sekadar sambil lewa.

Walhu'alam. Semoga ada sedikit sebanyak manfaatnya untuk sahabat-sahabat sekalian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:::***:::iNi ImPiAn Q :::***:::