Isnin, 25 Jun 2012

SEBUTAN ALIF..LAM..LAM..HA..(ALLAH) BOLEH JADI PENAWAR PENYAKIT



Vander Hoven,seorang ahli saikologi ternama dari belanda telah mengumumkan penemuan hasil kajian terbarunya tentang kesan membaca Al-Quran dan kesan mengulangi menyebut perkataan ALLAH yang dilakukan terhadap pesakitnya.

Professor itu telah menjalankan kajian ke atas ramai pesakitnya selama tiga tahun.

sesetengah dari pesakit yang dibuat kajian itu bukan beragama Islam dan tidak pandai berbahasa Arab tetapi telah dilatih untuk menyebut perkataan ALIF LAM LAM HA (ALLAH),Hasil dari kajian itu amat mengkagumkan,khusus sekali untuk yang mengalami tekanan dan murung.

Bagi yang beragama Islam dan mampu membaca Al-Quran,boleh menghindari diri mereka dari penyakit jiwa dan saikologi jika mengamalkan pembacaan Al-Quran dan mengeja perkataan Allah.

Pakar saikologi itu menjelaskan setiap huruf Arab ALLAH itu memberi kesan lega terhadap penyakit saikologi.Dalam kajiannya dia dapati semasa menyebut perkataan ALIF,ia keluarkan dari sistem pernafasan dan dapat mengawal nafas.Semasa menyebut huruf LAM berulang dua kali,di mana lidah menyentuh sedikit bahagian hujung langit-langit buat seketika,membuatkan pernafasan rehat,Kemudian menyebut huruf HA pula berlakulah hubungan antara jantung dan hati dan hubungan ini mengawal dengupan jantung manusia.

Lebih menarik lagi diberitahu,Professor yang menjalankan kajian ini bukan beragama Islam tetapi beliau amat minat untuk mengkaji Sains dalam Dunia Islam dan mencari serta membongkarkan segala rahsia yang ada didalam Al-Quran..(Sumber dari akhbar al-watan.Saudi Arabia)

Semoga Hatinya juga terpaut pada Kehebatan Allah dan Agama Islam..

Jadi jangan lengah lagi..teruskan menyebut Kalimah yang mulia ini berulang-ulang kali...

Awan terbentuk kalimah ALLAH di Putrajaya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:::***:::iNi ImPiAn Q :::***:::