Isnin, 25 Jun 2012

USTAZ PHOTOGRAPHER (FULL VERSION)

Irdina tekun menghadap buku rujukannya. Maklumlah minggu hadapan akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Semua pelajar Tingkatan 5 bertungkus lumus untuk meraih keputusan yang memberangsangkan. Irdina melihat kearah jam tangannya sudah menginjak ke pukul 1 pagi. Dia bangun lalu menutup lampu dormnya. Kalau diikutkan satu kesalahan kerana peraturan asrama menyuruh mereka menutup lampu sebelum jam 11 malam. Tidak mengapa bukan selalu.

Irdina menarik selimut hingga ke paras dada. Dia membaca doa tidur,ayat kursiy, tiga qul dan menyapukannya ke seluruh badan. Irdina memusingkan badannya ke sebelah kanan. Ikut sunnah nabi. Dapat pahala sekaligus dapat kesihatan yang baik lagi. Ini kerana menurut kajian tidur mengiring sebelah kanan mempercepatkan proses penghadaman makanan berbanding mengiring ke sebelah kiri yang mengambil masa 8 jam untuk memproses makanan. Subhanallah sangat hebat aturan Allah.

“Ina, tadi aku tengok ramai yang masuk lower 6 kat sini. Semua aku tengok, pergh hensem-hensem. Kau tak nak singgah dewan kejap ke?” Fatin rancak bercerita. Memang sinonim dengan Fatin yang bermulut becok ni. Segala gossip-gosip dan berita terkini di sekolah berada di genggamannya. Walaupun mulut becok tapi hatinya baik.
“Ina, kau dengar tak aku cakap ni. macam cakap dengan batu,”Fatin menarik muncung sedepa.
“Ye, aku dengar ni,”balas Irdina sambil tersenyum. Mereka meneuskan perjalanan mereka untuk ke kelas. Tiba-tiba, Irdina terpandang seseorang yang amat menarik perhatiannya. Orangnya memakai baju uniform tiada yang peliknya. Tapi dekat kepalanya …songkok. Budak tahfiz mana pula sesat dekat sekolah biasa ni.

Fatin perasan itu. Tapi dia buat tidak tahu. Nanti lambat pula masuk ke kelas Puan Sew. Nanti dia membebel punyalah lama ditambah lagi dengan ayat yang pedas. Memang sedap lah. Silap-silap tak belajar subjek kimia ni dengar dia membebel. Langkah mereka semakin laju.
Yeay! Habis juga exam yang telah merosakkan minda. Kini tiba hari guru. Masa ini memang paling ditunggu-tunggu oleh guru. Tiba masa pelajar-pelajar untuk membuat persembahan untuk menghargai guru-guru. Pelajar kelas Irdina sudah merancang untuk membuat teater muzikal. Walaupun mereka pelajar aliran sains, tapi jangan pandang rendah. Biologi pun mereka boleh buat lagu. Eksperimen kimia boleh pula ada yang ter’over’ letak potassium dalam air. Apa lagi, meletup la.
Mereka akan membuat persembahan Puteri Gunung Ledang. Muzik jagan risau budak teknikal ada. Bob,Aeril dan Casper. Pakar mem ‘blackout’kan asrama tu. Walaupun waktu latihan begitu singkat, tapi memang semua bagi kerjasama. No problem la.
Semasa hari guru tiba…….
Semua abang-abang upper 6 dah semua pakai tuxedo. Macam waiter pun ada. Perempuan pula memakai baju kebaya. Tapi ada yang cacat sikit la. Ketat.haha jahat betul Irdina ni. main sedap je mengata.
“Ni mesti abang Farid sponsor ni. dia je yg paling kaya,” Fatin berkata sambil membetulkan selendangnya. Persembahan kelas ni walaupun teater Gunung Ledang, tapi tak dapat de nak pakai seksi meksi. Tengoklah ketua kelas Ustaz Kamal. Erk Ustaz tu tambahan je.
Apaila guru-guru berarak masuk je. Para ‘jejaka idaman’ yang memakai tuxedo tadi melutut di depan guru dan memberikan sejambak bunga. Muka semua poyo-poyo belaka. Untungla cikgu perempuan. Ada seseorang yang mencuri pandangan Nur Irdina dari tadi. Yang memakai songkok, peang kamera. Budak tahfiz sesat.
“Irdina, cepat kita buat persembahan pertama,” Irdina pantas masuk ke dalam bilik persalinan membetulkan apa yang patut. Persembahan berjalan dengan lancar. Di celah-celah orang ramai masih lagi wajah itu tidak dilepaskan oleh Irdina
“Kau ni, tengok je. Tak nak tegur ke?”Fatin menegur. Dia mula bergerak kea rah budak tahfiz sesat itu. Main sedap je cop nama kan. Irdina menahan Fatin.
“Tak payahlah. Malu ni,”
“Alah tak pe lah,”
“Assalamualaikum, form berapa ni?” Waaa!!! Dia ada dekat depan. Irdina tertunduk malu.
“Waalaikumusalam. Dah nak SPM da ni.”Fatin menjawab. Mereka berbual seketika. Irdina berlalu ke belakang pentas. Tidak lama kemudian, Fatin datang dengan senyuman penuh makna. Tanpa dipinta Fatin terus menceritakan latar belakang lelaki itu.
“ Namanya Aiman Nur Farhan. Dulu pernah sekolah tahfiz. Masa Tingkatan 4 pindah sekolah biasa. Tak tahulah kenapa. Tak Tanya pula. Tapi aku tengok dia memang minat fotografi la. Mesti dia ambil kelas multimedia nanti. Boleh kau selalu jumpa dia.” Fatin tersengih nakal. Irdina menampar bahu Fatin. Nakal betul. Ya Allah jauhkan aku daripada zina. Cahaya kamera pantas menjamah muka irdina tanpa disedari.





"Irdina, saya nak awak siapkan semua sistem maklumat dan data hari ini juga. Besok pegawai akan datang melawat sekolah kita. So, by hook or by the crook awak kena siapkan hri ini juga," pesan Cikgu Sulaiman sebelum keluar dari kelas. Irdina sudah tersandar di kerusi. Cikgu ni sakit kepala belajar add math tadi tak hilang dah tambah tugas baru. Fatin yang duduk di sebelahnya menepuk bahunya seakan memberi kekuatan.
"Fatin tolonglah aku, petang ni je. Ada lebih kurang 500 maklumat lagi tak keep in. Please...," suara Irdina seakan merayu. Bukan seakan dah memang merayu pun.
"Alah aku bukan tak nak tolong kau. Tapi aku dah janji dengan budak PMR tu nak ajar. Nanti bising pula. Aku dah banyak tangguh dengan mereka,"Fatin berasa serba salah.
"Tak pe lah aku buat seorang je. Nanti aku mintalah tolong sesiapa,"Irdina seperti kecewa. Kelas mereka hampir kosong. Mereka bergerak meninggalkan kelas.
"Kau tak nak balik hostel dulu ke?"Fatin bertanya.
"Tak payah lah. Aku solat kat sekolah je. Nanti boleh terus pergi ke bilik multimedia," Fatin mengangguk. Mereka mengambil arah masing-masing. Fatin ke asrama manakala Irdina ke surau sekolah.
Irdina meletakkan beg di dalam surau dan terus mengambil wudhuk di dalam bilik wudhuk. Irdina memerhati di dalam surau. Hanya dia seorang sahaja. Selepas dia menunaikan solat zuhur, Irdina melipat kain telekung. Sedang dia melipat kain telekung, dia terdengar suara seseorang sedang membaca Al-Quran. Berdasarkan apa yang didengar surah yang dibaca ialah surah Yusuf. Surah yang sangat digemarinya. Suaranya suara lelaki. Merdu. Irdina mendengar sampai habis. Apabila habis dia terus keluar dari surau. Baru dia sedar hanya dia dengan lelaki itu sahaja yang ada di surau.
Semasa dia keluar, dia terserempak dengan seorang lelaki yang dikenali. Aiman Nur Farhan. Adakah dia pemilik suara itu? Hati Irdina berkira. Mahu tegur atau tidak. Aiman perasan Irdina ada di situ.
"Awak tak balik lagi ke?" tanya Aiman. Irdina mula kalut. Adus apa nak cakap ni. Dah aku ada kat sini dah sah-sah lah tak baik lagi. Akhirnya Irdina menggeleng menjawab pertanyaan tersebut. Jantungnya dah macam nak tercabut. Macam nak pengsa pun ada. Adakah ini....
"Awak buat apa lagi? Bukan dah tak de kelas lagi ke?" Aiman bertanya lagi. Memang sikapnya begitu. Suka menegur orang.
"Saya ada tugasan sikit. Kena siapkan maklumat dan data pelajar,"Irdina menjawab perlahan.
"Jom,"Aiman mengajak.
"Jom?Nak pergi mana,"Irdina bertanya seakan orang bodoh.
"Pergi siapakan kerja awaklah. Mesti banyakan. Saya pernah buat benda alah tu. Tak mungkin awak boleh siapkan seorang diri," Irdina bersetuju. Mana mungkin dia menyiapkan seorang diri. Mereka sama-sama menuju ke bilik multimedia. Sampai sahaja di sana Aiman membuka semua tingkap dan pintu. Katanya nanti ada orang salah faham pula. Irdina bersetuju.
~~~~~
"Siap juga akhirnya," Irdina berkata puas. Aiman tersenyum. Seronok membuat kerja yang sudah lama ditinggalkannya. Dulu di sekolah lama dia selalu membuat kerja seperti ini. Kata guru dan rakannya dia taip laju. yelah.
"Jomlah balik dah pukul 5.30 petang ni," Irdina mengajak. irdina sudah keluar dari bilik multimedia. Menunggu di luar. Dia membiarkan Aiman menutup semua kipas lampu segala apa lagi yang mesti ditutup. hehe jahat juga aku ni. Mereka berjalan menuju ke asrama. Aiman jalan di depan manakala Irdina mengekori belakang Aiman.
"Siapa yang kat dewan tu?"Aiman bertanya. Irdina melihat ke arah yang dipandang Aiman. Tiada apa yang mencurigakan pun. Aiman pergi menghampiri dewan tersebut. Irdina mengekori mahu tahu apa yang ada di dewan meskipun bulu romanya sudah meremang. Semakin lama mendekat, Irdina dapat mendengar suara perempuan dan suara lelaki bergelak ketawa. Kedengaran seperti dari dalam bilik persalinan di belakang dewan. Hampir sahaja di pintu bilik persalinan..
"Opocot mak engkau,"Irdina melatah. Kamal rupanya. Dia meletakkan jari telunjuk di jari. Irdina faham dia menunjukkan isyarat zip mulut. Aiman sedang bincang sesuatu dengan Kamal. Selepas itu mereka memandang ke belakang ke arah Irdina. Irdina mengangkat kening.Kenapa?
"Kita serang dia senyap-senyap nanti mereka lari. Kau nanti tangkap yang perempuan,” Kamal menjelaskan strategi mereka. Irdina membuat thumbs up tanda dia faham. Mereka pun memulakan misi mereka. Misi pencegah maksiat. Part time je. Semakin lama semakin mendekat. Semakin lama semakin jelas suara mereka bergelak ketawa. Aiman yang berada di hadapan sekali memulas tombol pintu.
“Hoi, kau buat apa ha?” Kamal menjerit. Terkejut Irdina yang ada di belakang. Tidak pernah ketua kelasnya itu marah sebegitu rupa. Orang yang di dalam bilik itu lagi terkejut. Aiman dan Kamal masuk ke dalam bilik itu diikuti oleh Irdina. Alangkah terkejutnya Irdina melihat seorang yang sangat dikenalinya bahkan orang yang dihormati oleh seluruh sekolah kerana kewibawaannya membuat perkara yang sangat dibenci oleh Allah.
“Fatin, Shahril apa yag kau buat ni?” Irdina marah. Namun ada rasa kecewa di situ melihat teman baiknya melakukan zina. Mana pergi segala kata nasihat yang diberikan kepada pelajar-pelajar dulu? Mana pergi sifat malunya? Irdina mempersoalkan. Namun tiada jawapan. Fatin sudah menangis teresak-esak.
“Aku silap Dina. Aku tak tahu kenapa aku jadi macam ini. Shahril yang ajak aku,” Fatin masih mahu membela diri.
“Eh asal salah aku pula. Kau yang terhegeh-hegeh kat aku. Aku on je,” Shahril membela diri pula. Dah terg-terang dua-dua salah. Kamal memegang kemas tangan Shahril.
“Eh kau lah yang salah kau yang ajak aku,” Fatin bersuara dengan esak tangisnya. Seraya itu Irdina menampar pipi Fatin. Kepala Fatin terasa terpusing 360 darjah. Fatin memegang pipinya. Sakit.
“Kau memang tak guna. Aku benci kau. Kau bukan kawan aku lagi,”Irdina berkata geram. Dia terus berlalu meninggalkan mereka. Tidak menghiraukan esak tangis Fatin yang semakin kuat.
“Bawa mereka jumpa Ustaz Azhan. Biar dia uruskan,”Irdina berpesan lagi kepada Kamal dan Aiman.



~~
Berita buruk memang cepat tersebar. Belum sampai sehari berita Fatin dan Shahril kerana tangkap basah telah tersebar di seluruh sekolah. Bermacam-macam spekulasi dibuat. Ada antaranya yang membela ada yang mencaci maki ah manusia. Hari itu Irdina hanya jalan berseorangan tidak mahu berjumpa rakan baiknya itu. Bukan benci tapi sangat kecewa. Kecewa kerana rakannya yang sering menasihati orang ramai untuk menjauhi zina tetapi dia buat juga. Orang yang sangat dia percayai, orang yang sangat dia hormati kerana keperibadiannya yang cantik. Bak kata guru-guru dia ialah perempuan acuan Al-Quran tetapi..ah sangat payah untuk menerima.
Hari ini tindakan buang sekolah akan dijalankan ke atas Shahril dan Fatin. Sebelum itu mereka akan diarak bagai orang kahwin ke seluruh sekolah. Memang selalu begitu supaya menjadi pengajaran kepada semua pelajar. Sepanjang perarakan itu Irdina dapat melihat muka sedih Fatin manakala Shahril hanya muka selamba. Tidak tahu malu agaknya Shahril ni.
“Pertama sekali akak nak minta maaf dekat semua adik-adik akak kerana tidak dapat menjadi contoh yang baik kepada adik-adik semua. Tidak lupa kepada rakan-rakan saya, saya nak minta maaf terutama untuk kawan baik saya Irdina,” Itulah ucapan terakhirnya di Aspuri. Ucapannya itu hanya didengari oleh sebahagian penghuni sahaja. Itupun yang dengar ada yang memaki di situ juga. Fatin memeluk Irdina sambil mengucapkan kata-kata maaf. Namun Irdina kaku.


Sekarang sudah lebih kurang 3 tahun peristiwa itu berlaku. Sekarang ini Irdina sudah berada di Kanada. Melanjutkan pelajran untuk menjadi seorang doktor.Fatin dengarnya di USM .Manakala Aiman pula dengarnya berada di Universiti Lim Kok Wing. Jurusan apa lagi yang mahu ambil selain daripada fotografi. Sebenarnya ada cerita sebelum mereka berpisah. Hehe

~~
“Kamal, harini Kamal nampak hensem lah,”Aiman memuji.
“Abang ni, puji-puji mesti ada apa-apa ni,”Kamal serkap jarang. Aiman hanya tersengih.
“Adalah tu,”Kamal berkata lagi. Aiman menyeluk poketnya sambil mengeluarkan sekeping sampul surat berwarna biru muda. Kamal tersengih nakal. Nak suruh aku bagilah tu.
“Bagi kat Irdina tau. Tapi bagi masa hari last exam. Nati terganggu pula dia nak study,”
“Ok beres bos. Tapi mesti nak ni,” Kamal mengisyaratkan duit.
“Nanti abang belanja cendol Pak Mat kat depan tu,”
“Tau je abang ni. Ni bertambah sayang dekat abang ni,”Kamal memaut leher Aiman. Tingginya lebih kurang je
“Erk sayang??”Aiman tersengih. Kamal melepaskan leher Aiman.
“Bukan sayang itulah abang. Sayang sebagai kawan,”Kamal menerangkan. Tidak usah terang pun tak pe Aiman sudah mengerti.


Habis exam terakhir semua dah bersorak gembira. Ada juga yang mengucap hamdalah. Ingat juga kat tuhan. Irdina bersalaman dan berpelukan dengan semua rakan-rakanya. Maklumlah nanti dah merata. Bila nak jumpa lagi. Irdina keluar dari dewan.
“Irdina! Tunggu, aku nak bagi kau something,”kelihatan Kamal berlari terkocoh-kocoh mendapatkannya. Irdina berhenti seketika. Kamal mengeluarkan sampul biru dari begnya lalu menyerahkan kepaa Irdina.
“Selamat membaca,” Kamal terus pergi sambil melambai-lambaikan tangannya. Tidak sempat bertanya siapa yang mengirimnya.
“Irdina ada orang bagi,” Laila memberi kotak yang sederhana besar dibalut degan kertas pembalut hadiah. Nasib baik bagi kat asrama kalau tidak kecoh kat sekolah. Irdina memasukkan semua barang-barangnya di dalam beg. Dia hendak cepat kerana ibu dan ayahnya sudah menunggu. Setelah mengucap terima kasih dia terus mengangkut barang ke kereta.

Sampai sahaja di rumah, Irdina memunggah barang-barang lalu dimasukkan dalam biliknya. Setelah selesai terus dia mengunci bilik. Dia membuka surat tersebut.


Assalamualaikum kepada Nur Irdina
Saya tidak pandai untuk bermadah pujangga tetapi saya mengirimkan lagu untukawak harap awak faham perasaan saya…

Mahar Cinta
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Harap ini akan menjadi lagu kita. Nanti kalau awak ingat saya awak bukalah lagu ni dekat internet. Kotak hadiah tu mesti awak dah terimakan? Khas untuk awak. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya. Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah dimana. Aku Cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan ku simpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.

Aiman Nur Farhan


Irdina mencapai album di bangku taman tersebut lalu meyelak. Terdapat banyak gambarnya dan kawan-kawannya. Terasa rindu sangat. Di muka depan album tersebut tertulis ‘Ustaz Photographer’. Irdina tersenyum sendiri dia memandang pokok yang sudah menggugurkan daunnya. Subhanallah. Sangat hebat ciptaan Allah. Ketika seperti ada lampu kamera yang menjamah wajahnya.Irdina memandang kearah cahaya kamera itu. Kelihatan Aiman senyum ke arahnya dengan kamera Nikon di tangan. Irdina membalas senyuman Aiman.
*Aiman menyiapkan projek terakhirnya dan dia ingin mengambil inspirasi di Kanada sambil melawat ehem-ehem

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:::***:::iNi ImPiAn Q :::***:::